Isu Panas

Pas Bertanding Di Lebih 100 Kerusi Pada PRU Akan Datang – Takiyuddin

KOTA BHARU: Pas bakal bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke 14 akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga akan membincangkan mengenai pengagihan kerusi dalam kalangan anggota Gagasan Sejahtera yang turut melibatkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Katanya Pas akan bertanding di semua kerusi tanpa mengira sama ada ia adalah kerusi bandar atau luar bandar.

“Kita berunding kalau dia (parti lain dalam Gagasan Sejahtera) ada calon boleh menang. Mereka pun ada persiapan yang cukup, dalam Gagasan Sejahtera kita ada tiga parti komponen.

“Pada 2013, kita bertanding 73 kerusi, baru ini kita buat analisa mungkin lebih 100 kerusi, sasaran untuk menang 40 kerusi bertanding, mungkin lebih dari itu,” katanya selepas majlis Sambutan 50 tahun Pas Kota Bharu malam tadi lapor Astro Awani.

Beliau turut menjelaskan, Pas masih menjadi parti yang diterima rakyat baik di bandar mahu pun di luar bandar.

Menyentuh mengenai Pakatan Harapan, beliau memaklumkan sokongan rakyat Kelantan terhadap Pakatan Harapan dan juga Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri itu dianggarkan masih rendah.

Justeru parti itu tidak bimbang dengan penyertaan Pakatan Harapan dalam persaingan kerusi pilihan raya di Kelantan.

Manakala Takiyuddin menjelaskan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan parti serpihan yang baru diwujudkan yang dilihat sukar mendapat kepercayaan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");