Jenayah

PATI Diserbu Lari Masuk Hutan

SHAH ALAM: Satu serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, awal pagi tadi, membongkar tempat persembunyian 133 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cyberjaya.

Pengarah Imigresen Selangor, Omran Omar, berkata mereka ditahan di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di Cyberjaya dan pihaknya percaya PATI terbabit sudah tinggal di situ sejak enam bulan lalu.

Katanya, serbuan selama empat jam bermula jam 12.30 tengah malam itu dilakukan susulan rungutan orang awam yang bimbang dengan kehadiran warga asing di kawasan berkenaan.

“Serbuan ini pertama kali dilakukan di sini. Pada mulanya, JIM Selangor menahan 384 warga asing yang ada di situ tetapi hanya 133 yang membuat kesalahan seperti tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa selain menggunakan dokumen palsu.

“Ketika ditahan, kebanyakan dari mereka sedang tidur dan apabila menyedari kawasan mereka diserbu, ada antara mereka cuba melarikan diri.

“Segelintir daripada mereka juga bertindak berani tanpa menghiraukan keselamatan diri apabila cuba lari ke arah hutan dan menyorok di kawasan pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Omran berkata, daripada jumlah yang ditahan, seramai 91 adalah lelaki, 40 wanita berusia antara 14 hingga 61 tahun manakala dua lagi kanak-kanak berusia dua dan empat tahun.

Katanya, mereka adalah warga negara Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Pakistan.

“Mereka disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan kini semuanya dibawa ke Pejabat Penguatkuasa di Shah Alam bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");