IPOH:Lebih 1,000 anggota dan ahli keluarga Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, 69 Komando daripada pelbagai peringkat membanjiri dewan Kem 1 untuk bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Perdana Menteri sempena Aidiladha di Ulu Kinta hari ini.
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri sekitar 4.40 petang itu telah diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Turut hadir, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan ADUN Hulu Kinta Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Beliau semasa menyampaikan ucapan berkata menerusi strategi Strategi Lautan Biru kebangsaan (NBOS) langkah mobilisasikan PGA dengan kerjasama untuk bertugas di dalam agensi kawalan Sempadan yang mengambil alih tugas Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) berkaitan langkah mengatasi masalah penyeludupan rentas sempadan yang didapati semakin rumit.

“Setakat ini setelah PGA menyertai UPP jumlah tangkapan dan nilai rampasan barang menyeludupan sebanyak RM38 juta iaitu jauh berbeza yang dahulunya kecil.
“Kita menghargai keberadaan agensi lain dan kerjasama antara agensi ini tetapi saya ingin mengiktiraf keberadaan PGA yang menjaga kawalan di kawasan sempadan sama ada di jalan raya atau kawasan lain tetapi PGA mengetahui PGA tidak menyeludup barang menggunakan jalan raya tetapi lorong tikus yang menjadi lorong gajah.
Jelasnya lagi, biarpun diamanahkan pelbagai tugas termasuklah menjaga keselamatan sepanjang sukan SEA 2017 pihak Polis telah menjalankan tugas dengan cukup baik.
“Sebanyak 25,000 pegawai dan aggota Polis menjaga keselamatan semasa SEA 2017 tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada para anggota serta pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Komen & Pendapat