Jenayah

Pekerja Binaan ‘Disula’ Rod Besi

PEKERJA kontrak berdepan saat mencemaskan apabila ‘disula’ rod besi hampir satu meter ketika sedang bekerja di tapak pembinaan.

Insiden ngeri itu mengakibatkan Yang Ming terpaksa melalui proses pembedahan selama tujuh jam bagi mengeluarkan rod besi itu.

Dalam kejadian di tapak binaan di Chengdu, China itu, besi berkenaan tercucuk dari bahagian dubur mangsa hingga ke bahu kanannya.

Bagaimanapun pekerja berusia 37 tahun ini bernasib baik kerana ia tidak mencederakan organ dalamannya.

Metro.uk melaporkan kejadian itu berlaku akibat kejutan elektrik ketika lelaki berkenaan sedang mengendalikan wayar di tapak bangunan yang dalam proses pembinaan itu.

Akibat kejutan elektrik itu, Yang Ming terjatuh atas rod besi itu.

Ketua pakar bedah Hospital Universiti Sichuan, Wang Xin berkata, pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda pendarahan pada dada atau abdomen.

“Tekanan darah dan denyutan jantungnya juga stabil,” katanya yang berjaya mengeluarkan rod besi itu.

Menurut Ming, usus, pundi kencing, pankreas, paru-paru dan hatinya mengalami sedikit kecederaan, tetapi tiada organ dalaman berdepan situasi serius.

Malahan, mangsa hanya kehilangan sedikit darah dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan di hopital.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");