Sukan Hari Ini

Pelajar Mengaku Lontar Mercun Bola Di Stadium

SHAH ALAM – Seorang pelajar lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melontar dan meletupkan dua biji mercun bola selepas final bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam, hujung bulan lepas.

Pelajar berusia 16 tahun itu membuat pengakuan tersebut dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret P. Sarulatha dan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurulhuda Ramli.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 10 Okt ini untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sarulatha turut membenarkan pelajar tersebut dibebaskan dengan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, pelajar lelaki itu didakwa meletupkan dua mercun jenis bola dan melontarkannya ke aras bawah stadium berkenaan yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Perbuatan itu dilakukan di tingkat tiga, Kondrum D, Stadium Shah Alam, kira-kira jam 10.50 malam pada 29 Ogos lepas.

Pelajar terbabit didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");