Isu Panas

Pembangkang Dakwa Saudi Tak Hormat Hak Asasi

KUALA LUMPUR – Gabungan parti pembangkang Malaysia dikenali sebagai Pakatan Harapan menempelak Arab Saudi kerana didakwa antara negara-negara Islam di benua Arab yang tidak mengamalkan penghormatan ke atas hak asasi manusia.

Pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, perjuangan hak asasi manusia perlu diperjuangkan secara berterusan oleh setiap manusia termasuk yang beragama Islam.

“Kita hairan dengan negara yang tidak mengamalkan penghormatan ke atas hak asasi manusia seperti Mesir, Arab Saudi dan beberapa negara Arab yang lain.

“Tetapi mereka itulah menjadi negara yang dilindungi oleh Amerika dan kuasa-kuasa utama Eropah lain seperti England, Perancis dan lain-lain,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai oleh parti sekular Malaysia, DAP.

Arab Saudi yang menempatkan tempat suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah merupakan negara terbesar di Semenanjung Arab. Negara itu melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud.

Kumpulan hak asasi kemanusiaan seperti Amnesti Antarabangsa dan Pantauan Hak Asasi Kemanusiaan berulangkali membangkitkan tentang undang-undang di Arab Saudi yang didakwa menyalahi hak asasi kemanusiaan.

Secara umumnya, antara hak asasi yang diperjuangkan di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah hak untuk mengamalkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan hak untuk murtad dan hak untuk tidak beragama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");