Isu Panas, Perak Hari Ini

Pemuda Umno Perak Buat Laporan Polis Terhadap Guan Eng

IPOH: Pemuda Umno Negeri Perak menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mendakwa penahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh sebagai penahanan haram.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata satu laporan polis telah dibuat bagi memboleh tindakan undang-undang dikenakan terharap Setiausaha Agung DAP itu.

“Apabila terjadi (siasatan SPRM) kepada pemimpin mereka, ketika itulah buat tuduhan yang tidak munasabah kepada SPRM.

“Sedangkan di pihak UMNO dan Barisan di mana sebagai contoh penahan Tan Sri Isa Samad, kita tidak membuat sebarang kenyataan dangkal dan jauh sekali menganggu siasatan SPRM,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Balai Polis Sungai Senam, dekat sini, pada Khamis.

Turut hadir wakil-wakil dari Pemuda Barisan Nasional Perak dan Pemuda Umno Ipoh Barat, serta badan-badan NGO antaranya Gerakan Belia 4B Ipoh Barat, Persatuan Kelab Muay Seri Manjoi, dan Kesatuan Anak Muda Islam Perak (KAMI).

Tamba beliau dijangka pada malam ini, lebih kurang 50 laporan polis akan dibuat semua Ketua Pemuda Umno dan Komponen Barisan Nasional, di seluruh Perak.

“Kita harap perkara ini dipandang serius kerana ia telah mencemarkan pandangan SPRM kepada umum, dan jika beliau didapati bersalah, kita harap satu tindakan undang-undang dapat diambil ke atas dirinya,”

Beliau juga berkata ini merupakan laporan polis yang kedua dibuat ke atas Guan Eng di mana ketika pemimpin DAP itu terpalit dengan isu pembelian sebuah bango di Pulau Mutiara itu.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzuklifli Ahmad, meminta agar Guan Eng memohon maaf secara terbuka dan jika tidak berbuat demikian, beliau bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");