Berita Hari Ini

Penjenayah Hidup Bebas Menipu Sesuka Hati

DI Malaysia, jika bijak – penipu boleh hidup mewah dan bermaharajalela sesuka hati. Cuma, mereka perlu licik dan mempersendakan undang-undang.

Penipu boleh seret menteri ke majlisnya, penipu boleh membeli iklan komersil di TV, radio dan akhbar untuk menjual produknya penipuannya.

Lebih hebat, penipu jenis ini, boleh buat muka selamba lembu (macam lembu atas jalan yang duduk berbaring dan tidak mempedulikan kereta yang terkandas) sekalipun setelah ‘ribuan’ kali menipu dengan cara yang sama.

Ada masa undang-undang malas bekerja. Jadi penipu jenis ini dikecualikan daripada sebarang tindakan.

Bayangkan: Beratus kereta milik orang awam yang ditipu melalui perjanjian sewa beli oleh sekumpulan orang yang kemudiaannya secara jahat telah menggunakan ugutan dan kekerasan terhadap pemiliknya – dianggap bukan kes jenayah.

Sinopisnya simple: Kunci kereta pemilik diserah secara rela kepada penyewa, jadi tiada unsur jenayah. Gengster yang mengendalikan pernigaan ini menipu ratusan orang dengan cara ini – kerana pihak berkuasa mengesahkan: Perbuatan mereka tidak bercanggah dengan undang-undang.

Jadi pihak berkuasa tidak boleh bertindak.

(Bertahun-tahun gengster ini hidup dengan memeras wang rakyat secara terbuka!)

Baru-baru ini, sekumpulan pembeli mengadu pasal ditipu syarikat pemaju perumahan. Malah, ada yang sudah empat tahun membuat bayaran, namun masih belum dapat rumah. Malah, tapak pembinaan pun belum ada.

Syarikat ini dan semua individu yang dilaporkan terbabit dengan penipuan dalam kes ini, kekal hidup bebas. Selama empat tahun, setelah laporan penipuan dibuat kepada pihak berkuasa, selama itulah juga penipu ini secara bebas mengutip wang melalui perniagaan yang sah ada kecenderungan menipu.

Pihak berkuasa kekal istiqamah: Tiada kes jenayah. Ini kes antara mangsa dengan pemaju!

(Komposer hebat patut gubah lagu bertemakan realiti ini. Sebab penipuan jenis ini umpama satu bentuk hiburan saja.)

Penipu jenis ini terus muncul di kaca TV, siaran radio dan iklan cetak mempromosi projek perumahan yang secara teknikal, kita tahu sedang melalukan penipuan. Orang awam yang terdesak mencari rumah, akan terus ditipu! Ditipu! Dan Ditipu.

Pergilah sesiapa pun buat laporan kepada pihak berkuasa: Jawapannya tiada kes! Anda serah wang secara sukarela. Jadi, ini bukan jenayah!

Kelemahan undang-undang dan sikap pihak berkuasa yang tiada budaya membela rakyat yang tertipu menjadikan sistem penguatkuasaan hak-hak awam di negara ini terasa jengkel.

Penjenayah boleh terus hidup mewah dengan menyewa hotel, clubbing, tukar betina siang malam, 24 jam kali tujuh hari bermain mesin kuda dan kekal terus mengutip wang awam melalui perniagaan yang sah-sah menipu masyarakat.

Justeru, sebab pihak berkuasa lepas tangan dengan jenayah jenis ini dan hingga kini kelihatan tiada kawalan, terpaksalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertindak.

Memang kerja ini tidak mudah. Penipu yang licik tahu: PPIM hanya persatuan. Hadapi dengan tenang dan jangan risau, PPIM tidak ada kuasa undang-undang!

Penipu sentiasa cerdik. Bila PPIM dan mangsa penipuan datang serbu, buatlah sikit drama. Paparkan muka pucat, berlakon sikit macam insaf. Apabila PPIM dan mangsa pulang – kes selesai. Esok keluarkan iklan dan meniagalah macam biasa.

Hanya perlu tukar nama syarikat dan ubah sikit jenis-jenis janji. Lusa saja, penipu akan dapat seribu lagi pelanggan baru. 1000 pelanggan kali RM5 ribu duit muka beli rumah, penipu akan dapat wang dan teruskan kehidupan mewah mereka.

Mewah pula penipu bukan kepalang. Kereta Merz Brabus, hidup 365 hari setahun menyewa hotel lima bintang, clubbing setiap malam dan bela betina sana sini. Jangan risau, sebab anda kebal undang-undang, anda berhak menipu sesiapa saja.

Kepada aktivis PPIM, tidak perlu minta maaf. Anda terkasar sikit kira OK. Melenting sikit ada sebabnya. Anda berurusan bukan dengan sebarang orang. Anda berjuang menuntut keadilan awam untuk ribuan orang.

Anda berjuang ketika di negara ini, tiada undang-undang dan tidak wujud pihak berkuasa yang bertanggungjawab membanteras jenayah jenis ini.

Terjerit atau tertampar dikira munasabah. Kadang-kadang kena balik pada undang-undang hutan sebab bandaraya ini kelihatannya tiada undang-undang?

Cuma kawal lah sikit ya. Jangan ikut Front Pemuda Islam (FPI) di Indonesia. FPI terkenal dengan dasar brutalnya. Tiga kali saja mereka kemukakan tuntutan, dan sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak, FPI akan menjalankan hukum karma sendiri.

Mereka akan bertindak membakar, meroboh malah melenyapkan penjenayah begitu saja.

Di negara ini, penjenayah masih punya ruang melakukan kejahatan secara terbuka. Selagi pihak berkuasa tidak berjiwa besar untuk memeranginya!

Cuma dalam kes-kes begini, ia bukan kita berfikir: Apa dah jadi dengan Malaysia? – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");