Jenayah

Penjual Burger Dituduh Rogol 2 Anak Sendiri

JOHOR BAHRU: Seorang penjual burger didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 12 pertuduhan merogol dua anak kandungnya berusia 13 dan 15 tahun pada awal tahun 2013 hingga Ogos lalu.

Tertuduh berusia 48 tahun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Taman Ungku Tun Aminah, dekat sini.

Menurur laporan BH Online, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan ikan jamin dengan alasan tertuduh mempunyai perhubungan darah dengan mangsa, selain risiko mengganggu saksi yang juga trauma akibat kejadian itu.

Mahkamah menetapkan 15 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");