Sukan Hari Ini

Penyerang Bantu Permulaan Baik MU – Mourinho

LONDON: Jose Mourinho berkata permulaan dinamik Manchester United dalam pemburuan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dijana oleh prestasi baik di kalangan penyerangnya.

Skuad bimbingan pengurus dari Portugal itu dijadual menentang Southampton, esok dengan semangat tinggi selepas meraih empat kemenangan daripada lima aksi EPL setakat ini.

United sudah menjaringkan 16 gol dalam kempen liga, selain meledak tujuh gol dalam saingan Liga Juara-Juara dan Piala Liga.

Ia jelas seakan-akan pesta jaringan yang tidak pernah dibayangkan United pada musim lalu ketika pergerakan penyerang-penyerangnya sering disekat hingga memaksa kelab itu sering mencatat keputusan seri di Old Trafford.

Dengan pemain yang dibeli dari Everton, Romelu Lukaku tampak cukup berbisa dan sudah menjaringkan tujuh gol, selain ketajaman Marcus Rashford dan Anthony Martial, United seperti berada di landasan terbaik untuk memenangi gelaran yang kali terakhir diraih pada 2013.

“Saya fikir semua pemain di bahagian serangan memberikan keseimbangan yang baik kepada pasukan dan terutamanya kegembiraan. Kami nampak gembira bermain bola sepak ketika ini dan itulah yang saya inginkan.

“Mereka semua mahu bermain dan bersedia untuk bermain. Mereka semua mahu menggunakan setiap minit yang mereka miliki di atas padang dan cuba untuk meningkat dan mempunyai keseronokan untuk bermain.

“Saya amat gembira dengan komitmen itu, keseronokan dalam permainan.”

Setakat ini, hanya Manchester City mampu menyamai jaringan yang dibuat United dengan skuad bimbingan Pep Guardiola itu berada di tangga teratas liga kerana susunan abjad. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");