Perak Hari Ini

Perak Bakal Rangka Pelan Strategik Sumber Manusia, Mahu Lihat Impak Kreativiti Rakyat Perak

IPOH:Kerajaan Negeri bakal merancang satu pelan strategik Sumber Manusia yang mampan berlandaskan revolusi perindustrian 4.0 bagi mengenal pasti peluang dan ruang tenaga kerja untuk tahun (2018-2025) pada tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perancangan itu dirangka bagi melihat impak pembangunan dan pengurusan modal insan yang menyeluruh selain meningkatkan daya kreativiti serta inovasi rakyat Perak.

“Saya ingin meletakkan penanda aras apabila masyarakat Malaysia dan dunia bercakap tentang kreativiti dan inovasi..orang Peraklah Nombor satu,” katanya semasa menyampaikan ucapan wawacara “Employability In Industry 4.0” anjuran Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) bersempena persidangan antarabangsa Pangkor Dialogue 2017 di sini hari ini.

Turut hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan,Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PeKa, Ameron Zulqarnaen Yeop Rashidi.

Jelas Zambry lagi, forum sumber manusia yang dianjurkan adalah bagi mewujudkan satu platform yang akan menghubungkan institusi pendidikan dan kemahiran melibatkan sektor swasta dan syarikat GLC bagi memastikan kecekapan pengisian tenaga kerja di Malaysia khususnya di Perak.

“Ia juga bagi membantu majikan mencari calon bagi mengisi kekosongan jawatan dengan menyaring calon-calon yang besesuian, dan menyediakan calon dengan surat tawaran pekerjaan untuk memenuhi keperluan pengambilan organisasi mereka.

“Selain itu adalah untuk menawarkan peluang-peluang kemahiran, skim dan program untuk pencari kerja yang berminat untuk meningkatkan kemahiran mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, majikan juga boleh mendapatkan maklumat bagaimana PEKA boleh mengenal pasti calon-calon pada profil bakat mereka di Malaysia untuk semua peringkat kerjaya.

“Inilah inisiatif yang kita bawa supaya masyarakat dapat mendekati secara terus kemudahan dan perkhidmatan yang dibawa oleh PEKA,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan,Datuk Shahrul Zaman Yahya pengisian wawancara ini berdasarkan idea daripada Menteri Besar sendiri yang menginginkan satu program menjurus kepada kerjaya berdasarkan fasa industri berdasarkan teknologi, internet, digital serta robotik.

“Teknologi bergerak begitu pantas kini dan cabarannya bagaimana untuk memastikan anak muda akan sentiasa mengikut peredaran masa melibatkan kemahiran dan ilmu.

“PeKA telah mengambil tindakan proaktif dengan memperkenalkan program Reskilling & Upskilling supaya generai muda sentiasa relevan berdasarkan kemahiran dan ilmu supaya pelajaran mereka tidak ketinggalan serta memenuhi keperluan industri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");