Perak Hari Ini

Perak Bakal Wajibkan Syarikat Sertai SL1M

TANJUNG MALIM: Kerajaan Negeri Perak akan mengetengahkan cadangan mewajibkan penyertaan mana-mana syarikat swasta mahupun berkaitan kerajaan (GLC), dalam program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

 

Selaras dengan saranan pada peringkat Kerajaan Persekutuan, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata mana-mana organisasi yang mahu berurusan dengan kerajaan dari segi mendapatkan tender atau sebarang projek, organisasi yang pernah terlibat dalam SL1M akan diberi keutamaan.

 

“Ia merupakan satu perkara yang baik di mana ini akan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak muda kita mendapatkan latihan dan seterusnya mendapatkan pekerjaan,” katanya.

 

Tambah Zambry, kerajaan negeri, melalui inisiatif Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) sentiasa bekerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan para belia di Perak ini mendapat peluang pekerjaan yang baik, di sini.

 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Progam Temu Duga SL1M Peringkat Zon Barat 2017, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dekat sini, pada Sabtu.

 

Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran serta, Ketua Sekretariat SL1M, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Norashikin Datuk Ismail.

 

 

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak itu dilihat memberikan impak positif kepada semua pihak.

 

“Ia ibarat timbal balas di mana, Perdana Menteri menyatakan kalau mereka ini mahukan peluang perniagaan dengan kerajaan, mereka terlebih dahulu harus memberi peluang pekerjaan dan latihan kepada graduan-graduan kita,” ujarnya.

 

Tambah beliau, saranan tersebut telah menampakkan peningkatan dari segi penglibatan pelbagai sektor dalam beberapa siri Program Temu Duga Terbuka SL1M ini.

 

Progam yang diadakan di UPSI kali ini telah menawarkan 12,000 peluang pekerjaan dan latihan.

 

Kira-kira lebih 15,000 pengunjung hadir mengambil bahagian dalam program yang berlansung selama dua hari ini.

 

Sejak Jun 2011, lebih daripada 138,000 graduan yang menganggur telah dibantu untuk mendapatkan pekerjaan menerusi inisatif kerajaan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");