Perak Hari Ini

Perak Bakal Wujud Manual Khusus Perkuburan Lebih Sistematik

IPOH: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIPk) bercadang untuk mewujudkan manual perkuburan yang lebih baik agar lebh selaras di seluruh negeri, pada tahun hadapan.

Ketua pegawai Eksekutif MAIPk, Dr Amiruddin Muhamed berkata cadangan tersebut dibuat dengan mengambil contoh sistem pengurusan perkuburan yang dilakukan di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

“Sudah tiba masanya kita di sini mempunyai satu manual ataupun sebuah prosedur operasi standard (SOP) yang lebih cekap terhadap pengursan perkuburan ini.

“Kita tidak mahu satu hari nanti kos pengurusan perkuburan dan pengkebumian makin meningkat dan ia dikomersialkan pula oleh pihak-pihak tertentu.

“Sekarang ini, ia masih berada di peringkat awal dan beberapa perkara harus kita lihat secara teliti sebelum sebarang keputusan di buat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Agihan Wakaf Saraan Kubur di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, seramai lapan wakil jawatankuasa pengurusan kubur hadir bagi menerima agihan tersebut yang secara keseluruhannya berjumlah RM75,896,69.

Amiruddin berkata, hasil wakaf ini merupakan dapatan dari sewaan-sewaan wakaf kubur yang diusahakan oleh pelbagai pihak.

 

“Sebagai contoh ada tanah kubur itu berkeluasan 37 ekar, namun ia masih lagi belum dipenuhi sepenuhnya.

“Bagi mengelakkan tanah-tanah itu terbiar begitu sahaja, untuk sementara, 30 ekar tanah itu kita beri sewaan untuk dilakukan aktiviti-akviti perniagaan, sewaan tapak menara telekomunmikasi serta pertanian.

“Kemudian, 90 peratus hasil sewaan tersebut, kita agihkan kepada jawatankuasa dibawah kariah yang terlibat secara berkala,” ujarnya.

Namun, beliau juga berkata, pihak MAIPk akan membuat perjanjian dengan pihak penyewa untuk memberi keutamaan kepada hal-hal pengurusan pengkebumian kepada tanah tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");