Perak Hari Ini

Perak Gesa Jalan Tapah-Cameron Highlands Dibaiki Segera

TAPAH ROAD:Kerajaan Negeri meminta agar Kerajaan Persekutuan mempercepatkan cadangan bagi penurapan dan pelebaran jalan Tapah ke Cameron Highland yang tidak diselenggara dengan baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara itu telah dikemukan kepada pihak Persekutuan untuk penilaian.

“Jalan persekutuan ini telah dibina begitu lama sejak sebelum merdeka bagaimanapun ia tidak diuruskan begitu baik.

“Wakil rakyat telah mengemukakan cadangan beberapa kali agar dapat mempercepatkan penurapan dan pelebaran semula jalan bagi memudahkan penduduk mereka yang menggunakan jalan tersebut,” katanya kepada media sejurus selepas menghadiri Festival Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat Orang Asli sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di Daerah Kampar dan Batang Padang.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan,Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu,Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil,Datuk Samsudin Abu Hassan.

Beliau terdahulu turut berpeluang beramah mesra dengan penduduk Orang Asli Batu 7 di sini selain mencuba menarikan tarian sewang bersama para penari Orang Asli dalam program tersebut.

Sementara itu beliau turut mengulas mengenai penambahan jumlah pengundi melibatkan masyarakat Orang Asli.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa pertambahan jumlah pengundi akan berlaku dari tahun ke tahun.

“Wakil rakyat telah melaksanakan langkah dengan memberi galakan kepada masyarakat orang Asli untuk menjadi pengundi malah pengundi masyarakat orang Asli yang banyak di negeei ini adalah di kawasan Parlimen Tapah

“Masyarakat Orang Asli juga adalah pengundi dan sebahagian daripada kita dan kita akan terus menggalakkan mereka,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");