Perak Hari Ini

Percutian Bersejarah Di TT5 Tanjong Tualang

BATU GAJAH: Cerita mengenai perlombongan bijih timah sememangnya tidak asing lagi bagi Perak dimana ia memainkan peranan penting dalam ekonomi dan pembangunan negeri Perak dan Malaysia.

Industri yang telah bermula sebelum tahun 1820 itu diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Penggunaan kapal korek yang diperkenalkan oleh pihak British telah meningkatkan lagi pengeluaran bahan galian ini.

TT5 gelaran atau nama bagi kapal korek terakhir yang masih ada di Malaysia terletak di Jalan Tanjung Tualang dimana ia sudah tentu menyimpan banyak kenangan bagi orang Perak terutama insan-insan yang pernah berkhidmat dalam industri berkenaan.

Walaupun industri perlombangan bijih timah semakin dilupakan namun TT5 ternyata menjanjikan pengalaman bersejarah yang unik kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

TT5 merujuk kepada nombor kapal korek yang ada di Tanjung Tualang ketika itu manakala angka ‘5’ menandakan ia adalah kapal yang kelima ada di Tanjung Tualang yang satu ketika dulu menjadi antara lokasi penting perlombongan bijih timah dalam negara yang menjadi pengeluar bijih timah terbesar dunia ketika itu.

TT5 yang menjadi warisan sejarah Perak dan digelar `The Last Dredge’ atau warisan kapal korek terakhir yang masih wujud di Negara.

Usaha-usaha pemuliharaan semula TT5 dengan pelbagai kemudahan bagi menjadikannya kawasan antara kawasan tarikan pelancongan sejarah di Perak dalam sektor perlombongan sememangnya satu pendekatan yang baik.

Generasi muda yang semakin hanyut dengan pemodenan perlu dibukakan mata dengan nilai-nilai sejarah di Negara ini termasuk berkaitan TT5.

Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan memulihara semula kawasan bersejarah itu ternyata telah melakukan tugas yang baik berikutan TT5 mula menjadi antara lokasi pelancongan yang wajib dilawati di negeri Perak.

Apa yang penting TT5 harus dijadikan ingatan dan warisan kebanggaan Perak sebagai pengeluar utama bijih timah dunia satu ketika dulu.

Tanpa memerlukan pelan atau panduan, setiap ruang kerja dan fungsi alatan mekanikal yang ada diperjelaskan satu persatu dengan lancar dari ‘A hingga Z’.

Usaha pemulihan adalah langkah baik kerana kawasan ini mempunyai banyak sejarahnya yang tersendiri dan ia  secara tidak langsung memberikan nilai sentimental yang cukup mendalam kepada pengunjung.

Komponen utama kapal korek dibahagikan kepada dua bahagian atau dua stesen utama iaitu satu bahagian dikhususkan untuk mengumpul atau mengorek galian yang ada dan satu bahagian lagi bertanggungjawab memproses bahan galian yang sudah dikumpul untuk diasing daripada tanah kepada bijih timah.

TT5 mempunyai 115 bakul pengorek atau `bucket’ yang dipasang dan boleh digambarkan umpama rantai basikal yang besar yang akan mengorek tanah dan mengumpul bijih timah yang ada.

“Ini adalah komponen paling utama kerana ia perlu diberikan penekanan, makin banyak tanah yang dikorek semakin baik hasil yang akan diperoleh.

“Tanah yang mengandungi bijih timah kemudian diangkut ke kawasan tinggi dan selepas itu ia dileraikan oleh sumpitan air ketika bahan itu masuk ke tabung silinder berputar.

“Sementara bahan yang mengandungi timah disalurkan ke loji pemisah pertama di mana unsur mineral yang berat terkumpul,” dipetik dari BH Online

Bilik enjin juga terletak di aras sama dan jelas kelihatan pada badan enjin tertera perkataan Allen West Co Ltd, Brighton, England yang juga pengeluar enjin kapal korek berkenaan.

 

INFO:

  • Nama penuh – Tanjung Tualang Dredge No 5 (TT5)
  • Perekabentuk – FW Payne and Sons
  • Pertama kali dibina di England pada 1938 dan dibina semula pada 1963
  • Operasi terakhir adalah pada 1982
  • Pemilik asal – Southern Malayan Tin Dredging (M) Sdn Bhd (SMTD) – anak syarikat milik penuh Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC)
  • Pemilik sekarang – Kerajaan Negeri Perak (didermakan oleh MMC sebagai Warisan Kapal Korek)

SPESIFIKASI:

  • 4,500 tan berat
  • 75 meter panjang dan 35 meter lebar
  • 33 meter kedalaman mengorek
  • 0.50976 meter padu kapasiti pengorek (bucket)
  • 2,247 kuasa kuda (HP)
  • 358,000 meter padu kapasiti mengorek pada satu-satu masa

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");