Membawang Hari Ini

Pesanan Rani Kulup Untuk Pusat Tahfiz

BATU CAVES: Semua pusat tahfiz sama ada berdaftar mahupun tidak perlu mengatur pelan tindakan kecemasan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, langkah tersebut boleh mengelakkan berulangnya tragedi kebakaran seperti menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, semalam.

“Ayah sarankan pusat-pusat tahfiz dan pusat pengajian lain jalankan pelan kecemasan supaya semua kakitangan dan pelajar tahu apa yang harus dilakukan ketika mereka panik.

“Bila kurang latihan kecemasan, pelajar dan kakitangan kurang pengetahuan asas untuk bertindak dan melepaskan diri,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah,Taman Selasih, hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau dalam masa sama turut menyarankan pihak berkuasa menjalankan program dan latihan kecemasan terhadap masyarakat setempat.

“Kesedaran, pengetahuan tinggi dan latihan asas mencukupi memudahkan masyarakat membantu mangsa yang terperangkap dalam api kebakaran.

“Ayah sebenarnya kesal dengan apa yang berlaku. (Ada dalam kalangan) masyarakat kita hanya pandai merakam sesebuah kejadian daripada cuba membantu mangsa kebakaran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");