Sukan Hari Ini

Piala Malaysia: Kedah, JDT Melangkah Ke Separuh Akhir

JUARA bertahan, Kedah dan juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah slot empat terbaik Piala Malaysia selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing pada suku akhir kedua, sebentar tadi.

Kedah merakam kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor di Stadium Darul Aman untuk mara dengan keputusan agregat 4-2.

JDT yang menurunkan barisan kedua di Larkin pula sekadar terikat 1-1 dengan Melaka United, namun tetap layak berdasarkan kemenangan agregat 5-2.

Sementara itu memetik laporan Sinar Harian pada aksi di Stadium Shah Alam menyaksikan kebangkitan Felda United apabila memadam kelebihan defisit gol PKNP FC dengan kemenangan agregat 5-4.

Dalam pertemuan itu, anak buah B Sathianathan menang 4-1.

Aksi di Stadium Perak juga tidak kurang hebatnya apabila skuad The Bos Gauros menjinakkan Pahang dengan kemenangan 4-0 untuk layak ke separuh akhir dengan agregat 5-3.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");