Perak Hari Ini

PIDD 2017: Capai Penyertaan Audien Berkualiti

IPOH:Penganjuran Pangkor Dialogue 2017 tampil berbeza kali ini apabila ia lebih memfokuskan kepada langkah penyelesaian inovatif kepada aspek yang boleh digunakan dalam pembangunan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr Mazalan Kamis berkata penganjuran Pangkor Dialogue kali ini melibatkan lebih ramai peserta dari dalam dan luar negeri dimana masing-masing mengetengahkan idea yang berbeza dan unik.

“Malah kali ini kita mendapat penyertaan menggalakkan daripada sukarelawan daripada 14 negara kerana ia bukan sahaja buat untuk rakyat negeri ini tetapi turut mendapat permintaan dari luar negara,” katanya pada satu sidang media sejurus selepas majlis perasmian persidangan Pangkor Dialogue 2017 hari ini.

Katanya, konsep Festival Of Ideas yang digunakan menggunakan bahan terbuang bagi menulis idea tersebut terbukti mempraktikkan konsep keseimbangan itu sendiri.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak

“Kali ini kita mempunyai penonton dengan kualiti yang tinggi iaitu 75 peratus terdiri daripada yang berpendidikan tinggi malah pembentangnya bagus dan isi pembentangan juga bagus,” katanya.

Sementara itu Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak mengulas mengenai kerjasama kali ini berkata elemen keterangkuman menjadi perkara penting dalam apa sahaja inisiatif yang dilaksanakan untuk dilaksanakan setiap agensi.

“Bagaimana untuk mereka turut serta dalam aktiviti ekonomi supaya habuan dalam oleh semua yang mengambil bahagian..jadi kita kumpul idea di sini dan menggunakan idea tersebut pada sektor masing-masing,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");