Perak Hari Ini

PIDD 2017: Gabungan Strategik Baik Tiga Pihak

IPOH :Gabungan antara kerajaan negeri melalui Institut Darul Ridzuan (IDR), Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) merupakan rakan strategik terbaik bagi pengajuran Pangkor Dialogue 2017 kali ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerjasama antara ketiga-tiga agensi itu telah terjalin sekian lama.

“UNDP telah bersama kita (PIDD) sejak beberapa tahun lalu dan kerjasama bersama NCIA kali ini menerusi matlamat pembangunan mapan dimanfaatkan bukan sahaja di Perak, tetapi negara dan dunia” katanya dalam satu sidang media pada majlis perasmian PIDD 2017 hari ini.

Jelasnya lagi, persidangan kali ini bukan sahaja membincangkan aspek pembangunan mapan secara lebih inklusif yang tidak hanya berfokus kepada ekonomi semata-mata.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak mahu indikator pembangunan sesebuah negara yang menjadi topik utama perbincangan dilihat hanya menjurus ke arah material.
“Sedangkan dalam membangunkan sesebuah negara itu, aspek lain seperti emosi, psikologi, sosial dan pendidikan juga perlu diambil kira.

“Kerana itu kita perlu dapatkan kepelbagaian perspektif dalam setiap pembentangan yang dibuat baik delegasi dari dalam mahupun luar negara,” katanya.

Jelasnya lagi kehadiran angkasawan yang berkongsi pengalamannya berada di angkasa selama enam bulan serta tokoh besar seperti Gabenor, Datuk Bandar sambil membincangkan usaha berkaitan dasar ekonomi mampan adalah cukup baik.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kehadiran bekas angkasawan Nasa, Dr Catherine Coleman yang berkongsi pentas pada PIDD edisi keempat kali ini.

Sementara itu bagi, wakil UNDP Stefan Priesner penganjuran persidangan ini adalah satu usaha global bagi mengenalpasti pendekataan antarabangsa kepada pentadbiran tempatan.

“Terdapat dua prinsip yang diketengahkan oleh Menteri Besar iaitu tiada yang tertinggal dan terpinggir juga pentingnya ekonomi yang mampan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");