Perak Hari Ini

Polis Perak Serbu Parti Liar

IPOH:Seramai 62 orang pengunjung parti liar di sebuah hotel di sini ditahan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Perak setelah mendapati kesemua mereka positif dadah.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, semua yang ditahan melibatkan  49 lelaki dan 13 perempuan, termasuk seorang pelajar institusi tempatan.

“Bertindak atas maklumat parti liar sedang diadakan, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Perak telah melaksanakan serbuan dan pemeriksaan ditingkat 7 sebuah hotel di Ipoh.

“Semasa serbuan, dibuat, didapati pengunjung sedang berhibur dengan muzik yg kuat dari peralatan muzik diiringi oleh DJ,” katanya.

Hasil pemeriksaan seramai 225 orang telah diperiksa yang mana 166 dari mereka dari negeri Perak iaitu 123 lelaki dan 43 perempuan. Lingkungan umur 18 hingga 35 tahun.

“Seorang saspek ditangkap memilik sebiji pil disyaki  XTC dipremis tersebut dan turut dijumpai diatas lantai dan tandas premis ialah (7) biji pil disyaki XTC dan sejumlah 33.5gram dadah disyaki ganja.

“Siasatan awal mendedahkan penganjur adalah satu kumpulan ‘Group Party’  dan iklan dibuat melalui wasap, wechat dan instagram.

“Pelanggan perlu beli tiket utk masuk iaitu 1 tiket RM58 jika  ‘early bird’ atau tempahan awal dan RM78 jika ‘walk in’,” katanya.

Katanya penganjur difahamkan telah beberapa kali menganjur ‘Private Party’  di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur,  biasanya di apartment atau bungalow sewa.

Jelasnya siasatan lanjut sedang dijalankan mengenai perkara trsebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");