Jenayah

Polis Tahan Dua Beradik Proses Dadah

GEORGETOWN: Kegiatan dua beradik memproses dadah terbongkar selepas polis menyerbu dua rumah di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Memetik laporan dari BH Online, dalam serbuan pertama di rumah keluarga berkenaan kira-kira jam 5.30 petang itu, polis menahan seorang wanita berusia 44 tahun sebelum menemui set kunci sebuah rumah lain di kawasan sama.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik, berkata suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses dadah sebelum menemui pelbagai jenis dadah dan pil tiruan dianggarkan bernilai RM769,250.

“Dalam serbuan kedua kita menjumpai 7,135 pil ecstasy, serbuk ecstasy seberat 2.13 kilogram (kg), serbuk kafein (1.3 kg) dan 58 kg ubat tiruan.

“Polis turut merampas empat mesin dipercayai digunakan bagi memproses dadah berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Susulan serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga wanita terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

“Suspek dipercayai cuba melarikan diri ke Miri, Sarawak bagi mengelak daripada ditahan polis.

“Siasatan lanjut masih dilakukan bagi memperoleh maklumat sama ada pil tiruan itu turut diedarkan kepada farmasi di negeri ini,” katanya.

Roslee berkata, kedua-dua suspek sudah direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");