Perak Hari Ini

Projek Amanjaya Bakal Bina 54 Unit Rumah Di Tualang Sekah

MALIM NAWAR:Sebanyak 54 unit Rumah Amanjaya bakal dibina di tapak projek seluas 7.27 ekar menerusi projek Rumah Amanjaya Tualang Sekah, Daerah Kampar.

Terdahulu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah merasmikan pra pelancaran Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Amanjaya Tualang Sekah, Daerah Kampar di sini hari ini menerusi program Permukiman Menteri Besar di Daerah Kampar yang berlangsung selama lima hari.

Rumah Amanjaya berkeluasan 860 kaki persegi dijual dengan harga yang telah menerima subsidi kerajaan sebanyak RM70,000.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Bagi memastikan bantuan untuk membolehkan rakyat memiliki rumah mampu milik ia perlu dipercepatkan menerusi Projek Perumahan Amanjaya.

“Jika dalam harga pasaran rumah sebegini boleh mencecah RM200,000 tetapi setelah mengambil kira rakyat yang dibawah kategori B40 jadi pendekatan ini digunakan bagi membantu di semua lokasi yang bersesuaian seluruh negeri ini,” katanya.

Rumah Amanjaya merupakan hasil penjenamaan semula rumah kos rendah yang mempunyai reka bentuk setaraf rumah kos sederhana yang akan dibangunkan oleh kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Rumah yang lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, dapur, tiga bilik tidur dan dua buah tandas berkeluasan 860 kaki persegi berharga RM70,000.

Kerajaan Negeri merancang membina 1,200 unit Rumah Amanjaya untuk dibina bermula pada tahun 2017 sehingga 2018.

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan yang dimuat turun dari laman web htttp://www.perak.gov.my/ dan dihantar kepada LPHP.

Zambry terdahulu turut menyampaikan geran hak milik (RPT Gua Sanding) (RPT Kg.Changkat Tualang) dan surat tawaran RPB Bukit Pekan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");