Berita Hari Ini

Proses Tuntut WTD Individu Bankrap Berbeza

SHAH ALAM – Individu yang berstatus bankrap boleh menuntut wang yang tidak dituntut (WTD) namun menerusi proses berbeza.

Pengarah Negeri Insolvensi Selangor,  Nor Fadhilah Ahmad berkata, masalah dihadapi individu bankrap ialah mereka tidak mempunyai akaun bank untuk penyaluran WTD.

“Justeru individu terbabit boleh memohon membuat satu akaun bank dengan syarat ia diperlukan oleh pihak pembayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Taklimat RUU Kebankrapan (pindaan) 2016, di Hotel Uitm Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Akauntan Negara melaporkan terdapat sejumlah wang tidak dituntut oleh orang ramai.

Susulan itu, orang ramai berpusu- pusu untuk melakukan semakan dengan melalui prosedur tertentu.

Orang ramai yang berjaya mendapatkan angka giliran perlu beratur terlebih dahulu dan mengisi nama serta nombor kad pengenalan masing-masing, sebelum boleh membuat semakan.

Setelah melalui semua prosedur ditetapkan, barulah mereka diberikan nombor giliran untuk membuat semakan secara berperingkat.

Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");