Isu Panas

Pulau Pinang Dilanda Musibah: Ada Kerajaan Negeri Kisah?

Satu demi satu bencana dan musibah melanda ke atas rakyat Pulau Pinang adakah ia satu petanda bahawa mandat kepimpinan DAP di negeri itu bakal berakhir.

Beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan yang terjadi sejak tengah malam tadi hingga pagi Jumaat.

Antara kawasan terjejas akibat banjir kilat ialah sekitar George Town, Jalan P. Ramlee, Jalan Perak, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Paya Terubong.

Turut dinaiki air ialah di Kampung Masjid, Kampung Makam, Kampung Mutiara, Batu Feringghi, Masjid Negeri, Ayer Itam dan Kampung Masjid Hashim Yahya.

Namun sehingga kini, masih belum apa-apa kenyataan dari pihak kerajaan negeri untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Mungkin kerana kepimpinan kerajaan negeri itu sedang asyik dan rakus memungut kekayaan tanpa sedikitpun mengambil berat nasib rakyat.

Akan tetapi, memang itulah yang kerajaan DAP lakukan di Pulau Pinang jika tidak, isu kesengsaraan rakyat dek kerana wujudnya kilang haram di Kampung Sg Lembu sudah tentu akan terbela.

Wujud spekulasi kononnya menyatakan bahawa terdapat lebih 200 kilang haram beroperasi di Pulau Pinang dengan 150 buah beroperasi di Seberang Perai dan 53 lagi di bahagian pulau.

Dan ia juga antara penyebab berlakunya banjir di negeri itu. Namun kepimpinan Pulau Pinang dilihat tidak mengendahkan perkara itu.

Persoalannya, bagaimana pula nasib rakyat Pulau Pinang atau lebih tepat nasib mangsa-mangsa banjir itu.

Adakah mereka hanya perlu redha dengan sikap kepimpinan kerajaan negeri dan terus mengundi DAP.

Sebelum ini berlaku banjir lumpur di Kelantan dan ia secara terangan berlaku disebabkan kepimpinan negeri itu yang rakus meneroka hutan dan mengakibatkan banyak balak hanyut ketika banjir.

Dan kesannya seperti biasa, rakyat yang tidak bersalah terpaksa menanggung kesengsaraan. Namun pemimpin-pemimpin negeri, ada mereka kisah?

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");