Isu Panas

Putar Alam: Rafizi Minta Derma Orang Ramai Dan Bayar Kepada Syarikat Sendiri

Pada 28 Julai lalu, Rafizi Ramli memuatnaik status meraih simpati orang ramai untuk menderma kepadanya bagi menjelaskan gantirugi saman yang diperintahkan mahkamah sebanyak RM300,000.

Pada 3 Ogos lalu iaitu 10 hari kemudian, hasil dari rayu simpatinya, dia berjaya memperolehi RM2.5 juta dari sumbangan orang ramai dan kononnya wang itu bagi elak dari diisytihar muflis oleh mahkamah.

Bagaimanapun, wang itu rupanya tidak sampai kepada mahkamah malah satu perintah kebankrapan dikeluarkan lebih sebulan selepas dia mengumumkan kutipan RM2.5 juta itu namun gagal melangsaikan bayaran RM300,000 itu.

Persoalannya kemanakah duit itu disonglap?

Timbul dakwaan yang mengatakan Rafizi telah menyonglap wang berkenaan menerusi NGO beliau, Invoke yang mengutip dana jutaan ringgit walaupun baru setahun kewujudannya.

Adakah taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam Invoke untuk dibawa ke syarikat sendiri?

Presiden Salute Malaysia, Datuk Rizal Mansor menyifatkan kepakaran Rafizi dalam mengalih perhatian rakyat ternyata berbaloi apabila beliau berjaya meraih simpati meminta derma dan kemudian dilaburkan atas kepentingan sendiri.

“Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM147,974.30 hingga RM350,608.64 , dari Mac hingga September 2017. Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu.

“Mengikut senarai itu juga, Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28 Ogos. Pembayaran pertama RM160,349.95 dan pembayaran kedua RM156,132.10 .

“Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai,”

KEIP Resources Sdn Bhd menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama Mohd Rafizi Bin Ramli yang memegang sebanyak 10,050 saham.

“Individu yang bernama Mohd Rafizi Bin Ramli yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam Invoke Solution Sdn Bhd iaitu sebanyak 250,000 saham,”

Ekoran daripada perkara tersebut, Rizal menyimpulkan, Rafizi telah ‘membekal’ tenaga kerja kepada Rafizi sendiri.

“Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai.

“Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya,” katanya.

Maklumat tambahan, alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Namun,slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke.

Semakan juga mendapati KEIP tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.-27/9/2017

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");