Sukan Hari Ini

Raja Lompat Jauh Dunia Mudah Tuai Emas

KUALA LUMPUR: Raja lompat jauh para dunia, Abdul Latif Romly menepati sasaran meraih emas pada Sukan Para Asean di Stadium Bukit Jalil, Jumaat.

Atlet kelahiran Kampung Paya Kelubi, Perlis berusia 20 tahun itu merakam lompatan terbaik pada percubaan pertama dengan 7.41 meter.

Lompatan keduanya mencatatkan jarak 7.26 meter, diikuti lompatan keempat 7.25 meter dan kelima 7.19 meter. Lompatan ketiga dan keenamnya batal.

Bagaimanapun, catatan tersebut gagal memperbaharui rekod lama kejohanan iaitu 7.43 meter.

Sementara itu, pingat perak dimenangi pencabar terdekatnya dari Singapura, Suhairi Suhani dengan jarak 6.85 meter.

Seorang lagi atlet negara, Zulkifly Abdullah merangkul pingat gangsa selepas melakukan lompatan terbaik pada percubaan kelima iaitu 6.51 meter.

Latif terus mengekalkan rekod terbaik dalam acara kategori T20 (masalah pembelajaran) ini selepas dua bulan melakar gelaran dunia pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London dengan rekod 7.60 meter.

Tahun lalu dia turut meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik di Brazil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");