Perak Hari Ini

Rakit Merdeka Semarakkan Lagi Sambutan Kemerdekaan

KUALA KANGSAR: Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, Yayasan Nurul Ihsan dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Lasah telah mengadakan proram Rakit Merdeka 2017, dekat sini, hari ini.

Seramai 200 peserta yang terdiri daripada 40 anak-anak yatim dan penduduk setempat, berakit selama 5 jam, menyelusuri Sungai Pelus dan menuju ke Sungai Perak iaitu Area Square Kuala Kangsar.

 

Sebagai simbolik terhadap 60 tahun kemerdekaan negara, sebanyak 60 buah rakit telah disediakan dan lebih menarik lagi, ia dihiasi dengan bendera negeri-negeri dan Malaysia mengikut kreativiti masing-masing bagi menunjukkan semangat patriotik dalam kalangan peserta.

 

Majlis perlepasan dan perasmian telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun pada jam 9 pagi tadi.

 

Progam ini turut diadakan bertujuan untuk mengumpul dana Tabung Yayasan Nurul Ihsan, bagi pengurusan anak-anak yatim dan Maahad Tahfiz Nurul Ihsan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");