Berita Hari Ini

Rakyat Malaysia Dilarang Ke Korea Utara

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengambil pendekatan melarang semua rakyat negara ini daripada memasuki Korea Utara.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Luar, larangan itu berkuatkuasa hari ini dan termaktub kepada perubahan semasa.

“Kementerian Luar Negeri dengan ini memberitahu orang ramai bahawa semua rakyat Malaysia dilarang pergi ke Republik Rakyat Demokratik Korea Utara (Korea Utara) sehingga notis selanjutnya .

“Keputusan ini diambil memandangkan peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea dan perkembangan berkaitan yang timbul daripada ujian peluru berpandu,” demikian menurut Kementerian Luar pimpinan Datuk Seri Anifah Aman, menurut laporan MalaysiaGazette.

Menurutnya lagi, larangan tersebut akan diteliti sebaik saja keadaan di negara berkenaan telah kembali normal.

Hubungan Putrajaya- Pyongyang tegang tahun ini apabila berlakunya pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong un, Kim Jong nam 46, mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 pada 13 Februari lalu.

Ia semakin meruncing apabila sembilan rakyat Malaysia dilarang meninggalkan negara itu ekoran krisis Putrajaya-Pyongyang.

Krisis itu bagaimanapun berakhir pada 30 Mac lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kesemua sembilan rakyat Malaysia selamat dibawa pulang ke tanahair.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");