Isu Panas

Rakyat Tak Mudah Untuk Ditipu

SELAMA – Rakyat Malaysia tidak lagi sewenang-wenangnya ditipu, lebih-lebih lagi apabila dipaksa membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika ini kerajaan banyak memperlihatkan kegagalan dalam mengurus kewangan hingga membelanjakannya dengan cara tidak dibenarkan undang-undang.

Berbeza dulu, beliau berkata, kerajaan masih lagi boleh mencapai pembangunan pesat meskipun tidak melaksanakan GST.

“Kita berjaya membina Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas dan banyak lagi.

“Berbeza sekarang, walaupun kerajaan kutip cukai yang tinggi tetapi masih kenakan GST kepada rakyat.

“Saya tak fikir orang kampung bodoh kerana mereka juga terpaksa membayar GST,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di Dataran Manggis, pada Sabtu lapor Sinar Harian.

Menurutnya, tindakan menggunakan wang secara tidak betul menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mengenakan GST kepada rakyat.

“Nak sogok semua orang dengan duit supaya sokong dia dan belanja duit tidak mengikut bajet menyebabkan duit tidak cukup.

“Jika kita terus jadikan beliau sebagai perdana menteri, negara akan menjadi lebih teruk.

“Saya fikir orang yang ada pada malam ini tidak akan menyokong beliau kerana dia telah merosakkan negara,” katanya.

Katanya, rasuah adalah jenayah dan negara tak memerlukan seorang pemimpin yang melakukan jenayah semata-mata kerana sokongan rakyat.

Justeru itu, Tun Mahathir berkata, beliau yakin gabungan empat parti dalam Harapan dapat membantu membela nasib rakyat bagi menghadapi krisis kos sara hidup hari ini.

“Rakyat tak suka GST, kita akan hapuskan GST. Semua duit yang diambil sepatutnya kembali kepada rakyat. Harapan bukan berjuang untuk kepentingan parti tetapi kepentingan rakyat.

“Inilah cara kita untuk menyelamatkan negara. Kita ada cara tertentu dan kita mempunyai orang yang berpengalaman. Negara kita milik kita dan kitalah yang harus bertanggungjawab pada masa ini dan masa hadapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");