Isu Panas

Rakyat Tak Peduli Isu 1MDB, Utamakan Kos Sara Hidup – Adnan Yaakob

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rakyat tidak pernah peduli tentang  sebarang dakwaan berkenaan isu kepincangan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada masa ini.

 

Sebaliknya Adnan berkata, rakyat sekarang ini hanya banyak memperkatakan tiga isu utama yang dihadapi negara iaitu masalah kos sara hidup tinggi, penggangguran dalam kalangan graduan universiti dan pemilikan rumah kediaman.

 

“Isu 1MDB, RM2.6 bilion tiada apa-apa, ia jatuh nombor 17, orang tak peduli pasal perkara itu.

 

“Ini kerana orang tahu bahawa ada sesetengah perkara diberitahu tidak benar malah secara keseluruhannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pameran Pendidikan Tinggi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, lapor Malaysia Gazette.

 

Hadir sama Pengerusi OIC Muslim World Biz 2017, Muhammad Raja Talib Raja Mohamad; Pengerusi Pusat Perniagaan Antarabangsa OIC, Tan Sri Dr Elyas Omar dan Setiausaha Agung Persatuan Universiti Arab Jordan, Profesor Sultan T.Abu-Orabi.

 

Beliau juga menggesa, kerajaan perlu mengkaji semula kurikulum pendidikan dan mencari jalan penyelesaian bagi menangani lambakan graduan universiti di pasaran berbanding peluang pekerjaan dan masalah penggangguran.

 

“Bila kita capai merdeka pada 1957, populasi penduduk kita hanya 4.5 juta, tapi sejak 60 tahun merdeka, populasi penduduk sekarang hampir 25 juta orang.

 

“Sebelum ini, majikan mencari graduan, tapi hari ini graduan mencari pekerjaan.

 

“Kemungkinan kita tak perlu terlalu banyak ahli arkeologi, ahli geografik dan sejarah, kita perlu petani dan nelayan intelektual yang tahu menggunakan teknologi terkini dalam bidang mereka.

 

“Kita kena kaji kesesuaian kursus yang disedia dan ditawarkan kepada pelajar dan keperluan pekerjaan yang sedia ada di pasaran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");