Laporan Eksklusif

Remaja Sekarang: Terlebih IQ Tetapi Tiada EQ

Kes-kes jenayah melibatkan remaja dan anak-anak semakin menjadi-jadi sekarang. Ada yang menyalahkan mangsa, ibu dan bapa suspek malah ada juga yang menyalahkan parti politik atau kerajaan.

Namun, sindrom menuding jari ini sebenarnya hanya akan memburukkan keadaan dan jenayah yang dilakukan oleh remaja dan kana-kanak semakin hari semakin kejam dan kronik.

Ibu bapa, sudah tentu akan memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka sama ada dari segi akademik mahupun kasih sayang. Tidak adil jika kita asyik menyalahkan ibu bapa.

Bagi pendapat penulis, secara peribadinya remaja dan kanak-kanak kini mempunyai tahap IQ yang tinggi namun bodoh dalam aspek EQ.

Apakah IQ dan EQ?

IQ merupakan bahasa singkatan bagi Intelligence Quotient. Pada amnya, ia merupakan terma yang merujuk kepada bio kapasiti otak manusia. Semakin bijak seseorang itu maka semakin tinggilah tahap IQ nya.

EQ pula membawa maksud Emosional Quotient dimana ia berhubung kait dengan emosi mental seseorang atau kiraan kepintaran emosi.

EQ dirujuk sebagai kemampuan seseorang itu mengawal emosi serta berkait rapat dengan daya ketahanan diri sendiri, penentuan serta motivasi diri.

Ia merupakan satu kemahiran memahami,menghayati dan merasai emosi di mana mampu memahami/memproses maklumat emosi. Jadi, sebarang tindakan emosi dilakukan dengan rasional dari melakukan perkara yang tidak wajar.

Kes pembulian Mendiang T Nhaveen, kes dera pelajar UPNM dan yang terbaru kes kebakaran sekolah Tahfiz adalah antara contoh terbaik betapa hilangnya pedoman remaja zaman sekarang.

Tidak tercapai dek akal bagaimana remaja boleh bertindak begitu kejam sehingga meragut nyawa mangsa dalam keadaan mengerikan.

Mengimbau kembali ketika penulis seusia pelaku-pelaku jenayah ini. Tidak pernah terfikir untuk menekap ‘Iron’ pada badan musuh penulis, apatah lagi untuk membakar sebuah sekolah.

Apa yang ada diminda penulis ketika itu hanyalah, memukul ‘musuh’ penulis dengan pembaris kayu atau paling kejam pun penulis hanya akan memulau individu yang tidak disukai itu.

Begitu besar cabaran ibu bapa zaman moden ini untuk mendidik rohani anak-anak agar tidak terjebak dengan jenayah-jenayah kejam seperti ini.

Bagaimana kita nak elak perkara? Itu adalah persoalan yang perlu digalas semua pihak.

Si pelaku salah, sudah tentu akan menerima hukuman namun untuk anak-anak kita membesar di masa hadapan, bagaimana pula nasib mereka.

Adakah kita akan terus diselubungi kerisauan dengan jenayah dikalangan remaja. Sudah masanya semua pihak ambil berat aspek EQ.

Ibu bapa hentikan salahkan guru dan sekolah dan masyarakat pula hentikan tuding jari pada ibu bapa.

Prihatinlah dengan keadaan sekeliling, sama ada remaja atau kanak-kanak itu anak anda atau tidak. Kadangkala, ‘Menjaga Tepi Kain Orang Itu’ perlu bagi mengelak dari berleluasanya kegiatan jenayah.

Pihak kerajaan juga perlu mengambil langkah drastik. Janganlah tunggu sehingga ada kes baru nak tubuh suruhanjaya siasatan, ‘Nasi Dah Jadi Bubur’ ketika itu.

Sekarang kes jenayah kejam libatkan remaja semakin kronik, sudah tiba masa wujudkan satu undang-undang baru atau ketatkan undang-undang sedia ada.

Mungkin mereka masih remaja dan muda tetapi mereka adalah ‘Penjenayah’.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");