Jenayah

Rompak: Dua Sahabat Dipenjara Lima Tahun, Sebat

PETALING JAYA – Dua sahabat masing-masing dihukum penjara lima tahun dengan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak wang RM750 dan barang kemas milik seorang wanita, Januari lalu.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Faizul Nizam Hamzah, 30, dan Mohamad Faizal Mohd Sharif, 26, selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu disebut di hadapan hakim berkenaan hari ini.

Mahkamah memerintahkan Mohd Faizul Nizam, seorang mekanik dan peniaga, Mohamad Faizal dipenjara bermula dari tarikh tangkap pada 8 Januari lalu.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan menggunakan senjata yang menyerupai pistol ke atas Jama’ayah Mohamed, 53, di tempat letak kereta, pusat beli-belah, Jaya One, di sini, pada jam 2.39 pagi, 8 Januari lepas dan melarikan dua buah telefon bimbit, wang tunai RM750, dua kad kredit, sebentuk cincin emas dan seutas rantai emas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, mereka yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh merayu kepada mahkamah supaya hukuman pemenjaraan bermula dari tarikh tangkap dengan alasan mereka telah insaf dan mereka juga adalah penanggung utama keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya, V Suloshani memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam dan keseriusan jenayah tersebut lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");