Sukan Hari Ini

Sarawak Iktiraf Keringat Jack Chang, Nurul Hidayah

PEMENANG dua pingat emas dalam acara wushu pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Loh Jack Chang dan jaguh taekwondo negara Nurul Hidayah Abdul Karim masing-masing dianugerahkan Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Sarawak 2015/2016.

Jack Chang ketepikan dua calon jaguh renang negara Welson Sim Wee Sheng dan jaguh taekwondo Augustine Rudy Grocer untuk merangkul RM5,000, piala dan sijil kemenangan lapor Sinar Harian.

Nurul Hidayah pula mengetepikan tiga pencabarnya iaitu ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, perenang negara Erika Kong Chia Chia dan Angela Chieng Chui Fei untuk pulang dengan hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Snowdan Lawan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");