Sukan Hari Ini

Saya Boleh Tulis Buku Tentang Pertahanan – Klopp

JURGEN KLOPP berkata beliau mungkin “menulis buku” mengenai seni bertahan sebagai motivasi untuk meningkatkan mutu permainan Liverpool musim ini.

Pretasi buruk ketika bertahan, terutama sekali ketika menghadapi sepakan percuma pasukan lawan telah mengecewakan The Reds ketika bertemu Watford, Burnley dan Sevilla musim ini, manakala tewas 5-0 kepada Manchester City merupakan satu perkara yang harus dilupakan.

Liverpool sekali lagi bolos menerusi sepakan sudut, tetapi berjaya meraih kemenangan 3-2 ke atas Leicester City selepas Simon Mignolet berjaya menampan sepakan penalti Jamie Vardy.

Klopp mengakui keinginan beliau untuk memperbaiki gaya permainan Liverpool ketika bertahan untuk mengubah nasib mereka bagi saingan musim ini.

“Benar, kami telah bolos banyak musim ini,” kata Klopp.

“Sukar buat saya menerimanya. Tetapi saya merupakan seorang jurulatih bertahan yang baik tetapi bukan setiap masa segalanya berjalan seperti apa yang kami inginkan.

“Saya tidak mengetahui setiap perkara dalam bola sepak tetapi saya mampu menulis buku dalam tempoh dua jama mengenai ruang yang harus kami bertahan. Selepas ini kami perlu meningkatkan lagi mutu permainan.

“Saya masih meletakkan harapan, bukan hanya kepada jentera serangan kami tetapi kepada keseluruhan skuad. Saya menyedari bahawa pasukan memerlukan keputusan. Kami akan bangkit mempamerkan aksi sebenar pada perlawanan-perlawanan akan datang,” ujarnya menurut portal Stadium Astro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");