Membawang Hari Ini

Scha-Awal Kini Fokus Bidang Perniagaan

MELANGKAH lebih serius dalam bidang perniagaan, pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya melancarkan butik pakaian sendiri melalui jenama SchAwal.

Menurut Awal, butik SchAwal diilhamkan hasil daripada pemerhatiannya mengusahakan perniagaan Garderobe, dua tahun lalu.

“Garderobe menghimpunkan 80 jenama tempatan di bawah satu bumbung. Tetapi, apa yang kami perhatikan, kebanyakan yang datang ke sana adalah peminat kami dan lebih kepada membeli produk kami.

“Atas kesedaran itu, terlahirnya ilham untuk buka butik sendiri lalu ambil keputusan tutup Garderobe selepas dua tahun beroperasi.

“Lagipun, kami juga tak mahu dikatakan menutup periuk nasi orang lain,” katanya pada Media Hiburan.

Memilih Jakel Square sebagai lokasi pertama, katanya, SchAwal memiliki lebih 50 koleksi pakaian sedia dipakai bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Bahkan pasangan romantis ini juga terlibat sepenuhnya dalam pemilihan fabrik dan rekaan pakaian bagi setiap koleksi selain menjadikan puteri kesayangan, Lara Alana sebagai inspirasi.

“Konsepnya, kami suka rekaan yang sangat minima tapi mampu memberikan impak. Malah, setiap juga menterjemahkan kami sebagai satu keluarga.

“Lagi pula, kami juga terlibat secara langsung dalam rekaan serta pilihan kain. Itu bermakna, setiap koleksi adalah daripada hasil minat dan kecenderungan kami dalam bidang fesyen.

“Menariknya, kami juga akan memperkenalkan dua rekaan baru pada setiap minggu,” katanya lapor Sinar Harian.

Terus optimis, Awal dan Scha juga merancang untuk memperluaskan sayap perniagaan dengan membuka dua lagi butik fizikal, hujung tahun ini.

Bukan itu sahaja, Awal dan Scha turut memperkenalkan dua wangian terbaru iaitu Noir dan Silver Rose yang didatangkan khas dari Sepanyol.

“Noir ialah wangian khusus untuk lelaki dengan bau lebih maskulin manakala Silver Rose tampil manis dengan bunga-bungaan segar untuk golongan wanita.

“Lelaki cenderung memilih bauan yang agak macho dan inilah wangian yang akan disukai semua,” katanya.

Minyak wangi Noir dan Silver Rose dijual pada harga RM49, manakala butik SchAwal menjual pelbagai koleksi yang trendy pada harga RM89 sehingga RM289.

Dalam perkembangan lain, Scha berkata, dia kini terlibat program realiti, Hero Remaja selaku hos dan juri tetap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");