Berita Hari Ini

Sekatan Telefon Bimbit

DHAKA – BANGLADESH. Kerajaan Bangladesh mengenakan sekatan baharu dengan melarang syarikat telekomunikasi daripada menjual sambungan telefon bimbit kepada pelarian Rohingya, kononnya dibuat atas faktor keselamatan.

Empat penyelia telefon mudah alih diancam dengan denda sekiranya mereka menyediakan salah seorang daripada 430,000 pelarian yang baru tiba dari Myanmar dengan pelan telefon selepas larangan tersebut berkuat kuasa.

“Pada masa ini, Rohingya tidak boleh membeli mana-mana kad SIM. Kami mengambil langkah mengalu-alukan mereka atas dasar kemanusiaan, tetapi pada masa sama keselamatan negara tidak seharusnya di kompromi,” menurut pegawai kanan di Kementerian Telekomunikasi, Enayet Hossain.

Pihak berkuasa telekomunikasi berkata, larangan itu boleh ditarik balik apabila kad pengenalan biometrik dikeluarkan kepada pelarian, proses yang mungkin mengambil masa enam bulan.

Difahamkan, Bangladesh turut melarang penjualan kad SIM kepada rakyat sendiri yang tidak dapat memberikan kad pengenalan rasmi, dalam usaha mereka untuk menggagalkan kemampuan organisasi militan lapor AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");