Perak Hari Ini

Sekretariat Tetap Dialog Pangkor Bakal Ditubuhkan

IPOH: Sebuah badan Sekretariat Tetap Dialog Pangkor bakal diwujudkan di negeri ini bagi menjadi platform rujukan dan perbincangan untuk pembangunan mampan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dri Zambry Abd Kadir berkata, ia merupakan hasil persetujuan usaha sama antara Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) serta Institut Darul Ridzuan (IDR).

“Saya berharap dengan langkah ini, Dialog Pangkor bukan sahaja mendapat pengiktirafan di rantau ini, malah berharap ia diiktiraf di peringkat Asia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)”, katanya.

 

Sementara itu, beliau juga berkata setiap idea yang telah diberikan semua pihak bakal diperhalusi bagi tindakan selanjutnya.

Pada masa sama, Zambry juga berkata sambutan dalam kalangan rakyat terhadap Dialog Pangkor dan Perak Festival Of Ideas ini sangat memberangsangkan.

 

“Kita lihat sepanjang program ini berlangsung, jalan raya dan hotel-hotel menjadi sesak.

“Dari satu sudut yang lain, dapat kita katakan, ia memberi impak positif kepada percambahan ekonomi di mana, secara tidak langsung, rakyat mendapat manfaatnya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Dialog Pangkor (PIDD) 2017 di Casuarina Meru, di sini, pada selasa.

Yang turut hadir, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr Mazalan Kamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");