Jenayah

Seleweng Dana Kerajaan RM40 juta, Empat Disambung Reman

PUTRAJAYA: Tiga termasuk seorang berpangkat Datuk disambung reman selama tiga hari, manakala seorang lagi selama dua hari bermula esok bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana hampir RM40 juta yang disalurkan kepada sebuah badan berkanun bagi tujuan pembangunan kemahiran.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Siti Nabila Abd Rashid di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, mereka yang direman tiga hari ialah Datuk yang juga Ketua Eksekutif badan berkanun itu yang berusia 58 tahun, setiausaha perbadanan berusia 34 tahun dan pengarah sebuah syarikat berusia 38 tahun.

Individu lain yang direman dua hari pula ialah penolong pegawai tadbir berusia 31 tahun.

Semua mereka sebelum ini direman enam hari bermula 14 September bagi membantu siasatan.

Difahamkan, siasatan awal SPRM mendapati pada tahun lalu, suspek disyaki menyeleweng sebanyak RM15 juta, manakala RM25 juta pula pada tahun ini.

Menurut laporan BH Online, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM40 juta kepada perbadanan itu bagi mengendalikan program latihan dan pada tahun lalu, sejumlah RM35 juta turut diperuntukkan.

Dana tersebut diberi kerajaan untuk mengendalikan program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");