Sukan Hari Ini

Senarai Skuad Kejuaraan AFF Bawah 19 Negara

KUALA LUMPUR: Seramai 23 pemain skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara berlepas ke Myanmar, hari ini bagi menghadapi Kejuaraan AFF B-18 2017 bermula Isnin ini hingga 17 September.

Senarai itu diputuskan oleh Ketua Jurulatih, Bojan Hodak selepas menilai 39 pemain yang dipanggil menyertai latihan pemilihan bermula 17 Ogos lalu.

Skuad negara akan membuka saingan Kumpulan A menentang Laos di Stadium Aung San, Isnin ini diikuti Singapura (Rabu) dan Timor Leste (Jumaat) di venue sama.

Seterusnya, aksi dengan Kemboja (10 September) dan Thailand (12 September) akan dilangsungkan di Stadium Thuwunna YTC.

Kumpulan B pula menampilkan Vietnam, Myanmar, Indonesia, Brunei dan Filipina. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 15 September manakala final dijadualkan 17 September.

Senarai pemain

1. Ahmad Tasnim Fitri Nasir

2. Azri Abdul Ghani

3. Zahril Azri Zabri

4. Izzuddin Roslan

5. Faizal Hafiq Omar

6. Qamarul Ariffin Norhisham

7. Azhar Apandi

8. Nabil Hakim Bokhari

9. Nik Akif Syahiran Nik Mat

10. Syaiful Alias

11. Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan

12. Aiman arip Zulkarnain

13. Shafizi Iqmal Md Khirudin

14. Shivan Pillay Asokan

15. Hadi Fayyadh Abdul Razak

16. Zafuan Azeman

17. Ammar Akhmall Alias

18. Anwar Ibrahim

19. Awang Faiz Hazziq Awang Fathi

20. Akhyar Rashid

21. Shafiq Afifi Suhaimi

22. Nurfais Johari

23. Syafiq Danial Romzi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");