Perak Hari Ini

Sentiasa Pantau Kebersihan Premis Makanan

IPOH:Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN) sentiasa menjalankan pemantauan ke atas premis-premis makanan di seluruh negeri ini bagi memastikan makanan yang disediakan adalah selamat dan pengendali makanan mengamalkan kebersihan dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu,Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sebanyak 21 kejadian keracunan makanan di Perak telah dilaporkan yang melibatkan masing-masing tujuh kejadian atau 33.3 peratus berlaku di kantin sekolah serta kedai makan, kedai runcit,bengkel kuih dan masak di rumah sejak bulan Januari hingga September tahun ini.

Manakala turut dilaporkan satu kejadian keracunan iaitu 4.8 peratus melibatkan orang awam, empat kejadian (19 peratus) melibatkan institusi Pengajian Tinggi, satu kejadian (4.8 peratus) melibatkan restoran, satu kejadian (4.8 peratus) melibatkan PLKN.

“Penyiasatan kejadian keracunan makanan menunjukkan bahawa pencemaran udara adalah disebabkan oleh pengendalian makanan yang tidak mengikut kaedah yang betul dan suhu penyimpanan bahan mentah yang tidak menepati standard,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Anugerah Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak 2017 di sini hari ini.

Terdahulu beliau telah menyampaikan anugerah kepada pemenang Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan sihat 2017 antaranya iaitu Medan Takong 2,Jalan Takong Datok Gerik, Aeon Mall Ipoh Klebang dan Medan Selera Rawat dan Rehat (R&R) Tapah arah Utara.

Turut disampaikan pensijilan MeSTI, pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” (BeSS) serta sijil Trust Mycatering kepada para pengendali makanan seluruh negeri ini.

Jelas Mah, pihak Kementerian mahupun JKN Perak sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

“Pengendali makanan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.Ops Premis Makanan Bersih Peringkat Negeri Perak yang diadakan secara bulanan merupakan aktiviti penting menjaga kepentingan orang awam,” katanya lagi.

Justeru itu jelasnya berdasarkan maklumat dari Januari hingga Ogos 2017, sebanyak 7,684 premis telah diperiksa dan 83 premis telah diarahkan tutup serta 509 premis pula dikenakan kompaun dengan jumlah kompaun sebanyak RM228,355.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");