Isu Panas

Seorang Demi Seorang Keluar Parti: Dinasti Lim Ranapkan DAP

DAP nampaknya semakin hancur dek kerana kepakaran dinasti Lim anak-beranak yang ariff menuding jari kepada semua pihak terutamanya parti lawan.

Malah, ada dikalangan ahli parti itu sendiri yang menjadi mangsa sikap Dinasti Lim ini sehingga menyebabkan seorang demi seorang mengambil keputusan untuk meninggalkan DAP.

Dan begitu jahanamnya sikap ini adalah semata-mata untuk menutup segala hanyir nanah pekung busuk parti cauvinis itu sendiri.

Yang terbaru ialah keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Dr Edwin Bosi yang telah mengumumkan keluar DAP dan meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah pada 24 Ogos 2017.

Perkara ini tidak dibangkitkan oleh dinasti Lim DAP kerana mereka tahu bahawa tindakan Dr Edwin Bosi itu adalah disebabkan salahguna kuasa dan tidak wujud demokrasi didalam parti tersebut.

Demokrasi yang dilaungkan DAP selama ini hanya omong-omong kosong parti itu untuk meraih sokongan rakyat.

Dr Edwin digantung jawatan bagi tempoh 3 bulan TANPA dipanggil untuk mempertahankan diri.

Pada 12 Februari 2017, 4 pemimpin DAP di Melaka telah keluar parti DAP. Mereka ialah:

  1. Sim Tong Him, ahli Parlimen Kota Melaka
  2. Goh Leong San (ADUN Duyong)
  3. Lim Jack Wong (ADUN Bachang)
  4. Chin Choong Seong (ADUN Kesidang)

Mereka keluar parti kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap parti dan kecewa dengan barisan kepimpinan.

Parti DAP juga telah menyimpang dari matlamat dan objektif parti, alasan-alasan yang kita semua sudah sedia maklum kecuali mereka yang masih terbuai dalam lakonan puak DAP.

Parti cauvinis DAP adalah parti yang tidak bebas dan tidak adil.

Selain daripada kronisme yang melampau, parti itu juga berdepan dengan korupsi, salah guna kuasa mengamalkan kuku besi dan tidak demokratik.

Di bawah adalah senarai kepimpinan DAP yang telah keluar atau dinyah keluar daripada parti DAP oleh dinasti Lim. Di antaranya:

a. Pemimpin Kebangsaan DAP

  • Lee Lam Thye (bekas Timbalan Setiausaha Agung)
  • Wee Choo Keong (bekas setiausaha publisiti kebangsaan)
  • Fung Ket Wing (bekas bendahari negara)
  • Lee Ban Chen (bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP)

 

  1. Pulau Pinang
  • Yeap Ghim Guan ( Bekas Ketua P.Pinang) – letak jawatan
  • Teoh Teik Huat ( Bekas Ketua P.Pinang) – letak jawatan
  • Seow Han Cheng ( Bekas Timbalan Ketua P.Pinang) – letak jawatan
  • Tan Yu Su (Bekas ADUN Paya Terubong) – letak jawatan
  • Ooi Eam Kong (Bekas ADUN Kampung Kolam) – letak jawatan
  • Tan Beng Huat (Bekas ADUN Jawi) – letak jawatan
  • Goh Kheng Huat (Bekas MP Nibong Tebal) – letak jawatan
  • Wee Hock Seng (Bekas Timbalan Pengerusi P.Pinang) – letak jawatan
  • Teh Beng Hai (Bekas Ketua DAPsy P.Pinang) – letak jawatan
  • Koay Teng Ha (Bekas Setiausaha P.Pinang) – Diketepikan
  • Teh Yee Cheu (ADUN Tanjung Bungah) – Diketepikan
  • Lydia Ong Kok Fooi (ADUN Berapit) – Diketepikan
  • Lai Han Beng – Diketepikan
  • Tan Beng Huat (bekas ADUN Jawi) – letak jawatan
  • Yeap Teik Huat (bekas Ketua Publisiti Pemuda Pulau Pinang) – Dipecat
  • Chew Kin Hor (Timbalan Setiausaha Pemuda DAP Pulau Pinang) – Dipecat
  • Shamsher Singh Thind (Setiausaha Cawangan Taman Chai Leng) – letak jawatan
  • Zulkifli Bin Md. Noor – letak jawatan

 

  1. Selangor
  • Wong Chee Kin (bekas Pengerusi DAP Selangor) – Letak Jawatan
  • Dato ‘Teng Chang Khim (ADUN Sungai Pinang) – Diketepikan
  • Ng Swee Lim (Adun Sekinchan) – Diketepikan
  • Kua Kia Soong (bekas naib pengerusi) – Letak jawatan
  • Janice Lee (Timbalan Ketua Pemuda DAP, Adun Teratai) – Dipecat

 

  1. Perak
  • Fong Po Kuan (bekas Ahli Parlimen Batu Gajah) – Diketepikan
  • Tan Chek Meng (bekas Pengerusi Perak) – Letak Jawatan
  • Oh Keng Seng (Bekas PJ MP) – Letak jawatan

 

  1. Johor
  • Song Sing Kwee (bekas Ketua Johor) – Letak jawatan
  • Dr Boo Cheng Hau (bekas Pengerusi Johor) – Diketepikan

 

  1. Negeri Sembilan
  • Oh Xue Phang (bekas pengerusi Negeri Sembilan) – Letak jawatan
  • Lee Yuen Fong (bekas pengerusi Negeri Sembilan) – Letak jawatan
  • Ooi Tze Yu (bekas ADUN Bahau) – Letak jawatan
  • Lim Hui Beng (bekas ADUN Bahau) – Letak jawatan

 

  1. Sabah
  • Tan Su Tze (bendahari naib sabah) – Letak jawatan
  • Junz Wong (Setiausaha Sabah) – Letak jawatan

 

  1. Sarawak
  • Sim Guan Yang (bekas Setiausaha Naib) – Letak Jawatan

 

  1. Kedah
  • Lee Guan Aik (Pengerusi Negeri) – Diketepikan

 

Pada 14 mei 2012, bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah meletakkan jawatan sebagai naib pengerusi dan keluar parti DAP.

Beliau mendedahkan pada awalnya beliau diberitahu ‘DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, beliau sedar, ia hanya omong kosong sahaja’.

“Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat.Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,”katanya.

Hakikat mengenai sikap kuku besi Dinasti Lim dalam DAP sememangnya akan disimpan dengan baik kerana kita sedia maklum bahawa DAP begitu cermat tidak membuka pekung sendiri di depan khalayak ramai.

Adalah tidak cerdik jika penyokong-penyokong DAP masih mahu dipermain-mainkan oleh Kit Siang.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");