Perak Hari Ini

Study Thon Suntik Semangat Pelajar

TAIPING : Ba­gi meningkatkan motivasi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, Sekolah Model Khas Redang Panjang Ijok  menganjurkan program Study Thon selama tiga hari di Hotel Perdana Taiping, bermula semalam.

Program membabitkan lebih 70  pelajar dan guru itu merupakan program kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) memberi sumbangan sebanyak RM 25,000.

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Nasional Berhad, Mohd Zaidi Dollah berkata,  program tersebut merupakan sumbangan kali pertama pihaknya,

Katanya,  objektif program itu dianjurkan adalah untuk menyuntik semangat dan memberikan motivasi kepada pelajar bagi menghadapi SPM nanti.

“Apabila menerima permohonan daripada sekolah, kita memberi sokongan sepenuhnya de­ngan menyediakan tenaga pakar dan bahan kepada pelajar.

“Bukan itu sahaja, kita juga membantu daripada aspek kemudahan dan keselesaan pelajar dalam proses pembelajaran,”katanya.

Zaidi berkata, program kali ini agak berbeza kerana mengadakan motivasi ini di luar sekolah memberi semangat kepada pelajar.

Sementara itu, salah seorang pelajar Siti Nadia Hassan 17, berkata, dia tidak sabar apabila dimaklumkan bahawa sekolahnya akan menganjurkan satu program khas sempena peperiksaan SPM di luar sekolah.

“Cikgu beritahu bahawa pel­bagai program akan diadakan termasuk tips dan teknik bagai­mana hendak menjawab SPM nanti.Saya berharap dengan teknik menjawab dan motivasi yang dijalankan akan memperoleh keputusan terbaik.

“Keseluruhannya apa yang perlu dititikberatkan adalah perlu ba­nyak membaca bagi memudahkan kita menjawab soalan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengetua Sekolah Model Khas Rantau Panjang, Mohd Noor Rashid Kamaridi, berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur dengan sumbangan yang diberikan oleh (PNS) membantu pelajar untuk terus berjaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");