Sukan Hari Ini

Sukan Para ASEAN: ISN Terus Pantau Atlet Berbasikal

JURUMUDI skuad basikal Paralimpik negara, Ridzuan Zainal dan Nursyafik Suhaimy, sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh, namun peluang untuk pelumba acara tandem lebuh raya itu menyertai Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dari 17 hingga 23 September ini, masih samar.

Dia antara empat pelumba skuad Paralimpik negara yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya ketika menjalani latihan di Lebuhraya LATAR.

“Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada pelumba skuad berbasikal Paralimpik negara supaya cepat sembuh,” kata Ridzuan.

Lapor Astro Awani mreka yang tercedera akan menerima rawatan lanjut di hotel penginapan rasmi kontinjen negara dengan pemantauan rapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Sementara itu, peluang dua lagi pelumba negara acara tandem, Khairul Nizam Mohd Ali dan Khairul Hazwan Wahab, belum dapat dipastikan selepas menjalani beberapa pemeriksaan ISN.

“Dalam proses pemeriksaan, mereka masih menunjukkan simptom gegaran dan dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang secukupnya,” kata Pegawai Perubatan ISN, Dr Azil Syazwan Mohd Ali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");