Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Pusat Latihan Statistik Malaysia, Sungkai

SUNGKAI:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Jabatan Perangkaan Malaysia di sini hari ini.

Institut latihan berkeluasan 40 ekar ini menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta mampu menampung kapasiti seramai 500 peserta pada satu masa yang sama.

ILSM telah beroperasi pada Januari 2012, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, perpustakaan, bilik rekreasi dan blok pentadbiran.

Sejak memulakan operasi pada 2012, dan sehingga kini ILSM telah berjaya menganjurkan sebanyak 389 kursus dalaman dan melatih seramai 15,000 peserta daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kurikulum yang ditawarkan ILSM Sungkai meliputi bidang ekonomi, sosial, dan demografi, metodologi,penyelidikan dan ICT serta geospatial.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa;Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tuanku Soraya Sultan Abdul Malim Mu’adzam Shah.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri SK.Devamany dan barisan exco kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");