Perak Hari Ini

Sultan Perak Solat Sunat Aidiladha Bersama 1,500 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah

IPOH:  Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyertai lebih 1,500 jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Raja Musa Mahadi, di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Ketibaan baginda sekitar 8.35 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan diiringi barisan Exco Negeri Perak.

Antara yang turut serta dalam solat sunat tersebut seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Solat sunat Aidil Adha yang berlangsung hampir satu jam itu diimamkan Imam Besar Masjid Syed Mohd Muzzaffar Syed Azlan.

Baginda kemudiannya berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra dan meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");