Perak Hari Ini

‘Super Kinta’ Tetap Jadi ‘Super Klasik’

IPOH:Bandaraya Ipoh sudah dipenuhi pelbagai pasaraya gah dan besar seperti Aeon, Parade dan sebagainya namun anda tahu atau tidak?adanya satu pasar raya terkenal ketika era tahun 80-an dan 90-an bergelar ‘Super Kinta’.

Tidak hanya Super Kinta, antara pasar raya lain yang paling terkenal satu sama dahulu seperti Yik Foong, Ocean, Hankyu Jaya, Parkson Ria, Bazar Bulat dan Payless.

Bagi orang Ipoh sendiri, boleh dikatakan ketika zaman itu, kawasan Super Kinta antara tempat paling meriah kerana ditengah bandaraya Ipoh dan berhampiran dengan perhentian bas awam.

Penulis sendiri tidak mampu menggambarkan situasi dan ruang sebenar ketika ‘Super Kinta’ memulakan operasinya namun apa yang boleh diingati di dalamnya terdapat bahagian pasar basah di bawah, medan selera dan pelbagai premis menjual pelbagai barangan.

Mercu Tanda Identiti Ipoh

Bangunan ini biarpun semakin hari semakin dimamah masa, Super Kinta telah menjadi satu mercu tanda bagi bandaraya ini dan kewujudannya masih diperkatakan sehingga ke hari ini.

Kehadiran penulis ke lokasi berharga ini mendapati masih banyak premis ‘legend’ dihuni oleh peniaga warga emas pelbagai bangsa yang masih setia mencari rezeki di ruang perniagaan kecil masing-masing.

Adanya kedai menjual peralatan rumah, makanan,sayuran kampung, buah-buahan, bunga dan kedai jahitan masih beroperasi dan kelihatan klasik dengan gayanya tersendiri.

Namun keadaan sekitar yang kurang terurus dan kadang kala berbau kurang menyenangkan perlu diberikan perhatian sewajarnya pihak terbabit agar nilai ‘Klasik’ Super Kinta tidak terkubur begitu sahaja.

Biarpun anda mungkin ‘naik darah’ apabila sukar mencari tempat meletak kenderaan di Super Kinta, namun kepuasan berbelanja di sini berbaloi apabila semua barangan anda boleh dapatinya di sini.

Pertahankan Super Kinta!

Siapa tak kenal dengan Pengarah Anak Perak Mamat Khalid, Super Kinta turut menjadi pilihannya sebagai lokasi penggambaran filem Rock dan Rock Ooo.

 

Malah jika anda selongkar seni dan nilai Super Kinta ini, tidak hairanlah ia menjadi pilihan lokasi pilihan golongan hispter untuk bergambar.

Kini, bahagian pasaraya Super Kinta telah diambil alih dan menjadi bangunan UTC Ipoh dan sebahagiannya sebagai Pasar Besar Ipoh setelah tidak lagi beroperasi pada tahun 2005 .

 

Bangunan lama yang dahulunya premis makanan segera Mc Donald yang pertama di Ipoh juga tidak lagi beroperasi di situ lagi.

Cerita Anda Mengenai ‘Super Kinta’

Bekas pekerja Super Kinta, Abdul Razak mula bekerja sebagai tukang cuci semasa berumur 17 tahun berkongsi cerita mengenai keunikan pasaraya itu yang terkenal dan menjadi tumpuan penduduk bandaraya ketika tahun 80-an.

“Saya bekerja di situ sehingga berumur 28 tahun, dahulunya banyak kedai makan kalau mahu mencari pelbagai barangan dari barangan moden hingga makanan tradisional seperti sayuran kampung pastinnya anda boleh dapatkan di Super Kinta,” katanya.

Katanya, kenangan pasti akan terimbau kembali apabila memasuki dan melalui pasaraya itu namun sehingga kini Super Kinta masih bertahan biarpun diasak masa.

Bagi salah seorang peniaga di Super Kinta pemilik kedai Alat Muzik dan Kaset Nanyang perniagaan semakin hari semakin merosot apabila laluan berhampiran kedainya telah ditutup dan tidak lagi dilalui pelanggan.

Berhampiran jambatan Super Kinta, di sebelah kiri kedai anda mungkin akan mendengari gesekan alunan muzik sayu dan mendayu yang dipanggil ‘Erhu’,dendangan oleh pemilik kedai tersebut.

Berhampiran turut terdapat kedai Gunting rambut klasik, kedai jahitan juga studio muzik lama yang teramat ‘klasik’.

 

 

Mungkin anda juga punya cerita sendiri mengenai pasaraya ‘Super KLASIK’ ini jadi kongsikan cerita anda bersama kami di Peraktoday!.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");