Sukan Hari Ini

T-Team Tempah Laluan Getir Kekal Di Liga Super

USAHA pasukan berstatus kelab T-Team untuk terus kekal bersaing dalam kancah Liga Super musim depan berdepan laluan getir setelah dikejutkan dengan kekalahan tipis, 1-0 ketika turun melayan kunjungan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Kekalahan itu menyaksikan T-Team perlu bersaing dengan dua lagi pasukan iaitu Sarawak dan Kelantan apabila masing-masing hanya dipisahkan antara dua serta tiga mata setelah saingan hanya berbaki satu perlawanan.

Pengendalinya, Rahmad Darmawan yang jelas kecewa dengan keputusan itu menyifatkan anak buahnya gagal manfaatkan beberapa peluang terhidang untuk menjaringkan gol menjadi punca mereka gagal mata pada perlawanan tersebut.

Menurutnya, pasukan T-Team hanya memerlukan satu mata untuk berada dalam zon selamat bagi meneruskan saingan dalam aksi Liga Super musim depan, namun sebaliknya berlaku sekaligus memaksa mereka perlu bekerja lebih keras untuk terus kekal dalam aksi Liga Super musim depan.

“Kalau dilihat pada pertemuan tadi (kelmarin) kita sepatutnya tidak kalah sekiranya pemain betul-betul memanfaatkan deretan peluang untuk menjaringkan gol termasuklah situasi satu lawan satu antara Mohd Nor Hakim Hassan dan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias.

“Bagaimanapun hanya satu sahaja kesilapan kecil menyebabkan pelawat mengambil peluang untuk meledakan gol sekaligus mengundang padah buat kita,” katanya lapor Sinar Harian.

Pada pertemuan itu, menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang seimbang dengan masing-masing berbalas serangan ke gawang gol, namun jaringan tunggal penyerang import skuad Tok Gajah Matheus Alves Leandro pada minit ke-78 menjadi pemisah buat T-Team sehingga tamat perlawanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");