Membawang Hari Ini

Tak Perlu Tayang Kebahagian Demi Puaskan Hati Orang Lain

Gara-gara tidak memuat naik gambar bersama di laman sosial telah menimbulkan pertanyaan serta pelbagai spekulasi mengenai kehidupan rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle sehingga ada pihak yang mendakwa hubungan suami isteri ini di landa masalah.

Tidak terkesan dengan spekulasi tersebut, bagi Farid Kamil, dia merasakan tiada keperluan untuk menayang kebahagiannya bersama Diana laman sosial semata-mata mahu memuaskan hati orang lain.

“Instagram bukan penanda aras kebahagiaan seseorang dan saya tak lihat ia sebagai satu keperluan.

“Jika saya hendak muat naik sesuatu saya akan buat dan bukannya memikirkan untuk membuktikan sesuatu kepada orang lain.

“Pada saya apa orang hendak kata atau komen, itu hak mereka,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Tegas Farid lagi, dia dan isterinya menjalani kehidupan yang bahagia bersama anak-anak mereka, Muhammad, 4, dan Nur Aurora yang kini berusia dua tahun.

“Sejak dari awal lagi kami tidak pernah menjadikan hubungan kami sebagai ‘selling point’ dan ia tiada beza dengan sekarang.

“Tetapi Alhamdulillah kami bahagia, tiada masalah kritikal cuma perkara kecil-kecil itu biasalah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Farid bakal muncul menerusi filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang akan ditayangkan di pawagam mulai 12 Oktober depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");