Perak Hari Ini

Taman Alam Kinta Jadi Taman Negeri Ketiga 

BATU GAJAH:Taman Alam Kinta menjadi taman negeri ketiga selepas Royal Belum dan Pulau Sembilan yang kini dikelolakan sepenuhnya oleh Perbadanan Taman Negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi,Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi,Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, kerajaan negeri telah mengazetkan kawasan ini sebagai Taman Negeri untuk memastikan khazanah alam yang berada di kawasan taman dapat dipelihara dan dilindungi mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Kita baru sahaja buka kepada umum pada hari ini sebelum ini kerja penaiktarafan melibatkan kemudahan prasarana di kawasan taman.

“Badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai agensi kerajaan telah memberikan kerjasama melengkapkan lagi dari segi fakta ke lokasi ini,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas majlis perasmian Taman Alam Kinta sempena program permukiman Menteri Besar di Daerah Batu Gajah dan Kampar.

Jelasnya lagi, jumlah pengunjung juga memberangsangkan terutama pada hujung minggu kebanyakkan mereka terdiri daripada pengunjung luar negara bagi segmen ‘bird watches’.

“Kita mahu menerokai segmen ini dengan lebih meluas dan memperkenalkan taman alam kinta sebagai lokasi habitat burung selain di Kuala Gula.

“Kita juga mahu memastikan peraturan di taman negeri ini dipatuhi dan akan memastikan sistem ekologinya tidak terusik,” katanya.

Terdahulu kawasan seluas 395.65 hektar telah diwartakan sebagai Taman Negeri yang kini mengumpulkan lebih 1,500 spesis binatang seperti burung dan hidupan flora dan fauna.

Taman tersebut turut menjadi lokasi penghijarahan pelbagai jenis spesis burung seperti Burung Heron, Jamput Putih,Burung Merbok, Pipit Uban, Beberek Leher Biru dan Burung Rakit.

Majlis terdahulu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau turut berkesempatan turut serta pada sesi pelepasan benih ikan ke perairan umum oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak di Taman Alam Kinta di sini hari ini.

Taman ini dibuka kepada umum secara percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan malah ruang taman yang luas juga memberi kemudahan kepada pengunjung mengadakan aktiviti riadah dan berkhemah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");