Jenayah

Tanah Runtuh Di Jalan Raya Timur Barat

GERIK: Pengguna kenderaan yang melalui Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli dinasihatkan berhati-hati kerana ada tanah runtuh di Kilometer 140 JRTB di Gerik, jam 3 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, runtuhan itu bagaimanapun tidak menghalang lalu lintas namun dibimbangi berlakunya runtuhan susulan.

Beliau berkata, tempat runtuhan itu ialah kawasan lama yang pernah berlakunya runtuhan sebelum ini.

“Jabatan Kerja Raya daerah dan Belati Wangsa Sendirian Berhad sudah dimaklumkan dan sedang dalam tindakan pembersihan serta pemantauan.

“Tindakan awal sudah diambil dengan menyediakan papan tanda amaran di lokasi berkenaan dan pengguna diminta berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");